AmmarPhotographer. Powered by Blogger.

Recent Comments

Recent Posts

Followers

Domo-kun Unavailable
RSS

kerana FACEBOOK!

 
Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh . .
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab..Cemburu . .
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah . .
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan . .
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri . .
Kerana facebook : Kita Tertipu . .
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat . .
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan . .
kerana facebook : Kita Berkenalan Hanya Dalam Laman Muka Buku . 
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

streamyx mcm kura-kura!!!

hurrmm.. dah tgok? hahaha.. ni la speed streamyx aku... TM.... cam turtle punya slow...hah... dah 10 hari dok camni ja... pasai pa aku pon x tau.. huh...ermm.. nnt aku kna p gak kt TM Point ni...nk gtau psai bnda ni...klu masih slow aku nk potong tros!! amik broadband lgi laju!! grrrrr!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sayangilah diri anda..(musical comedy)

Ermm... tgok ja lah... x mao nk tulis bnyk2..hehehehe.. hope hampa suka video nih..,hehehe :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

renung2kn...



“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]



“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang sangat besar” [al-Israa' 17: 31]
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan ahli warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah dia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak)” [Al-Israa' 17: 33]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Imam Nawawi.



kwn2 jom pkat2 amal doa nih.. ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

100 hari tanda kematian.. renung2kan

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sedih bercampur gembira...

assalamualaikum....
dah sebulan kita berpuasa...
rasa mcm bru ja posa...ermm.. rasa sedih pon ada gak...
tp apa2 pon yg dtg ttp akn pergi... ramadhan datang dan akhirnya pergi meninggalkan kita...
syawal pula menjelma...syoknya.. =)

MU lapan Arsenal dua,
Gembira hati tidak terkata,
Ramadhan hampir meninggalkan kita,
Menandakan Raya sudah tiba.

...Rooney hatrick Young dua,
Satu dari welbeck park nani,
Org muda tinggalkan kota,
Pulang ke desa sambut Aidilfitri.

Fergie gembira tidak terperi,
Melihat de Gea save penalti,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Salah silap harap dimaafi..............



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kata org dia yg lbih..

pgi td cuaca ckup elok...
aku pegi skolah mcm besa....
sampai di skola aku trus duduk follow pelajar2 lain baca MANZIL...
ha..lpas habis baca MANZIL semua murid diminta beratur..
mcm besa aku jlnkn tugasku sbg pengawas....
tggu murid masuk ke dataran pastu suruh ltak beg ngan diam...
tetiba ada sorang pengawas ni....
meluru kearah aku.... n g tau..
"weih ang tugas la elok2 skit... pengetua dok kt dpn tuw
 nnt pengetua mrh kita"
ok..x pa... aku hormat dia sbg senior aku...
dia pon jga kt tempat dia yg hnya 4 meter dri jarak aku bertugas...
yg pling x puas aty ni... dia leh dok diam ja biaq budak2 dok bising ...
haaaiiiieee... geremnya.... klu ikutkn ati aku sound jer...
dok cri kesalahan org ja tau... hrmmm..
tp nsib baik bulan ni bulan puasa....
lgipun awai2 pagi x kan nk msm muka... x best arr...
aku abaikan ja dier tuw....aku buat tugas aku mcm biasa...
so "sabo jer lah"..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fadilat Ramadhan

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mr.A yg pnuh dgn lagaknya... bukan aku noh..hehe

ha ... aku nk citer skit psai kwn aku sorang ni....
spa yg dok sekelas dgn aku tau la spa noh...
ok... aku nk bgi tau kt hmpa semua.... dia ni kann...
time nk p amik diarii kelas ka... latihan kt bilik guru ka...(ketua kelas)
 mesti kena check tie dulu.... hrmmm... pastu jln dgn pnuh rasa
'smart'...hahahaha .. tp dia ni pandai debat...debat?? x lar debat sgt...
time cakap or bahas dia ni emosi jer lbih... huhu..mr.A jgn marah noh..
haa... dia ni time sembang ngan dia ...perrhhh... siap angkat kening lagi...
da mcm 'THE ROCK' da... n 1 lagi klu dia sembang x leh percaya sgt..psai
 dia suku tokok tambah.. nasib bek dia x jdi sejarawan..hahaha...
tp dia ni la kwn aku jgak..k lar... otak aku dah kering... out dulu..assalamualaikum. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Photography....hobi ku......

salam...aku ni dulu x minat langsung psal fotografi ni n langsung x pernah amik tau psal fotografi ni....tp mcm mna x tau tiba2 aku minat gila xtiviti ni..dulu masa aku umo 11 tahun dulu..abang aku bawa blik dslr dah dok dpn mata....aku wat x tau jerk coz aku x minat.....kot2 ka nk try guna ka...x aihh...aku skunk ni aku banyak search kt internet psal fotografi...aku belajaq sikit2 dri internet mcm mna nk snap gmbaq yg ok..aku pon blajaq snap gamba dgn teknik "rule of third'....aku dah belajar mcm mna nk wat "bokeh"...lagi apa lagi erk...aku pon dah lupa coz aku x jarang praktik teknik2 yg aku belajaq..tp klu "rule of third" ngan "bokeh" selalu la guna...k lar..aku pon dah kebuntuan idea utk tulis so aku nk on9 fb la..salam

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUSAH DAN SENANG ITU UJIAN DARI ALLAH

Assalamualaikum..Bismillahhirrahmanirrahim... kita perlu ingat semua susah senang yang kita hadapi adalah ujian daripada Allah kepada hambanya untuk menguji keimanan seseorang itu.Ada orang yang ditimpa pelbagai dugaan seperti sakit yang teruk,kematian,kemalangan dan banyak lagi dan ada juga Allah menguji seseorang itu dengan kesenangan seperti rezeki yang melimpah ruah,sihat tubuh badan, dan banyak lagi tetapi masihkah kita sedar kesenangan dan kesusahan yang kita lalui selama ini bahkan sekarang ini adalah ujian dari Allah.Mungkin ada segelintir manusia yang tidak tahu bersyukur dan menganggap kesenangan yang mereka dapat adalah dengan titik peluh mereka sendiri dan bukannya dari Allah.Apabila kita senang,mungkin kita lupa kepada Allah sehingga tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim akibat terlalu leka dengan kesenangan yang kita ada.Bagi orang - orang yang beriman,walaupun diberi kesusahan mahupun kesenangan,mereka tetap bersyukur dan meningkatkan lagi tanggungjawab sebagai seorang muslim.Kita perlu ingat bahawa setiap kesenangan dan kesusahan itu adalah ujian dari Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SENSITIVITI GAMBAR DI LAMAN SOSIAL

Bagaimana agaknya perasaan seorang lelaki seandainya dia tahu bahawa gambarnya sedang diamati dan dilihat orang asing. Mungkin tiada apa-apa kesan kepada individu tersebut. Baginya normal untuk seseorang melihat wajahnya. Malah mungkin timbul rasa bangga dengan ke-macho-an dirinya yang dilihat orang lain. Lagi bertambah suka di hati jika yang melakukannya ialah secret admire.
Tapi bagaimana kalau posisi lelaki tersebut ditukar kepada wanita. Bukan sebarang wanita tetapi seorang muslimah pula. Jika dahulu, foto kita hanya dimiliki oleh diri sendiri sahaja tetapi sekarang dengan kemunculan laman sosial, segalanya menjadi amat mudah. Hanya tekan butang upload dan gambar itu akan terpapar di sesawang internet seluruh dunia.
Add caption
Jika diperhatikan, banyak kebaikan yang hadir dengan kemajuan teknologi dalam photo sharing yang boleh dimanfaatkan bersama tetapi rasanya, cuba kita singkap keburukan dan kelemahannya pula.
Seandainya kita melayari laman sesawang yang menawarkan khidmat group, pasti akan terlihat pelbagai jenis foto manusia yang tidak pernah sekali pun bersua. Apatah lagi, sekiranya foto itu telah dibedah dengan Photoshop. Kadang kala, gambar yang peli-pelik pun ada. Usah diperkatakan dengan gambar-gambar terlarang. Pernahkah kita membayangkan perasaan orang yang mungkin terlihat foto seorang muslimah (kerana rasanya gambar lelaki tidak menjadi rebutan)? Jika yang baik dan tinggi imannya, akan terus menekan butang close. Tapi yang kurang imannya pula bagaimana?
Ramai rakan-rakan kita yang memiliki Facebook  pastinya akan dan ingin berkongsi saat-saat manis mereka. Jika tiada, kenalannya pula akan tag gambar beliau. Timbul rasa musykil bila melihat gambar-gambar ini. Selamatkah? Tidak mengapakah kalau orang tengok? Aku tengah tidak pakai tudung waktu ini, orang lain tangkap gambar. Yang lelaki juga tidak terlepas dosa memperlihatkan auratnya secara global.
Pasti timbul pelbagai syubhah di hati kerana tahu ianya salah tapi ingin juga dibenarkannya. Akhirnya, satu hari, kita lihat gambar kita yang telah di-edit terpampang di laman-laman yang tidak sepatutnya. Ditambah dengan nombor telefon yang diletakkan di profile, hidup kita akan "diserikan" dengan panggilan pelik.
Mungkin kes di atas hanya satu dalam sejuta. Tapi kita perlu sedar, kita ialah satu dalam sejuta itu.  Maka, beringat-ingatlah seandainya ingin berkongsi foto secara online.  Minta kawan remove seandainya gambar yang di-tag itu menyentuh hak peribadi sebagai seorang muslim mahu pun muslimah. Insyaallah, kita akan lebih tenang dalam dunia siber yang semakin meluas hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAWAN TETAP LAWAN!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS